Senarai Tugas Unit Kurikulum
Pusat Sumber Sekolah- Membuat perancangan aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
- Mengurus berbagai perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah untuk penggunaan oleh murid & guru.
- Menyediakan anggaran belanjawan Pusat Sumber Sekolah.
- Membuat laporan/penilaian kemajuan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyelaras semua program media (penggunaan ASTRO, TV Pendidikan, dll)
- Merancang dan melaksana program perkembangan staf dan menggalakkan guru menggunakan berbagai media pendidikan.
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- Mengendalikan program NILAM.
- Menguruskan pembelian alatan Bahan Bantu Belajar (BBB) dan Bahan Bantu Media (BBM)
- Merekodkan alatan BBB dan BBM.
- Menyediakan Jadual Waktu Induk.
- Menyediakan Jadual Waktu Kelas.
- Menyediakan Jadual Waktu Peribadi guru.
- Menyediakan Jadual Guru Ganti.
- Lain-lain berkaitan.
- Menentukan tarikh ujian bulanan dan peperiksaan sekolah.
- Menyediakan Jadual Waktu & guru pengawas Ujian dan Peperiksaan .
- Mengagihkan soalan-soalan pada hari peperiksaan / ujian.
- Menyediakan borang-borang analisis.
- Menyediakan alatan/bahan sebelum, semasa dan selepas ujian/ peperiksaan.
- Menyimpan rekod analisis dan bank soalan.
- Menganalisa pencapaian selepas setiap kali ujian .
- Lain-lain berkaitan.
- Menganalisis keputusan ujian/peperiksaan setiap kali selepas ujian.
- Merekod pencapaian kelas setiap kali selepas peperiksaan.
- Dokumentasi PKKP.
- Menjaga & mengurus buku pendaftaran murid yang disimpan di pejabat.
- Menyediakan carta organisasi.
- Menentukan senarai tugas setiap jawatankuasa TMK / ICT.
- Merancang pengisian program penggunaan TMK/ICT dalam P & P.
- Membina jadual waktu penggunaan makmal komputer.
- Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan makmal.
- Merancang pelan tindakan program pengisisan projek pengkomputeran peringkat sekolah.
- Merekodkan penggunaan makmal komputer.
- Menyediakan peraturan makmal.
- Memeriksa & menyelenggara perkakasan (spt: Servis penghawa dingin, mencuci pemacu,mengemaskini hard disk, mengimbas disk, dll)
- Memantau keselamatan makmal komputer.
- Mengendalikan program Kelas Transisi murid Tahun Satu.
- Lain-lain berkaitan.
- Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran murid-muridnya.
- Menyediakan perancangan pembelajaran tahunan dan harian.
- Memastikan bilik darjah kondusif untuk P & P (bersih, kemas dan ceria dengan susunan kerusi meja yang sesuai).
- Memastikan ada Piagam Kelas, Moto Kelas, Jadual Waktu Kelas dan Target Kelas.
- Memastikan keputusan setiap ujian dipamerkan di dalam kelas.
- Memastikan sudut pembelajaran sentiasa dikemaskini dan terkini.
- Merekodkan penggunaan makmal komputer
- Menutup jadual kedatangan akhir bulan.
- Menyediakan jadual bertugas murid.
- Mengkaji, menganalisis dan mendiagnosis keputusan bagi setiap ujian.
- Melengkapkan segala borang yang berkaitan dengan murid di kelasnya – buku RKM, Rekod
- Profil, Sijil-sijil tamat sekolah, laporan PKKP (dokumentasi), SPBT, senarai inventori dalam kelas dan lain-lain.
- Memastikan segala peralatan elektrik dalam kelas, alatan EteMS sentiasa baik dan selamat digunakan.
- Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur.
- Mengutip yuran sekolah pada awal tahun, mengutip derma PIBG, wang peperiksaan dan diserahkan kepada pihak sekolah dan pihak yang berkaitan.
- Mengeluarkan resit kepada pelajar yang membuat pembayaran seperti no. 15 di atas.
- Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar dpd GPK HEM.
- Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kpd GPK HEM.
- Membantu GPK Kokurikulum menentukan rumah sukan.
- Jika murid bertukar menentukan borang SPBT , rekod profil, dihantar ke pejabat.
- Menentukan buku teks telah dipulangkan jika bertukar antara negeri.
- Menjalankan tugas juga sebagai guru kaunselor dan sebagai seorang guru disiplin.
- Menyediakan carta organisasi: PENTADBIRAN SEKOLAH ,KURIKULUM, HEM, KOKURIKULUM, BINA INSAN.
- Mempamerkan keputusan pencapaian peperiksaan setiap matapelajaran ( ANALISA ) dan keputusan UPSR.
- Set LCD berserta layar/skrin
- Keceriaan: set gambar Agong, Sultan, PM, Menteri Pelajaran, lencana sekolah ,dan lain-lain berkaitan.
- Menyediakan bilik PPSMI.
- Menyediakan Carta organisasi.
- Merekodkan semua peralatan PPSMI yang diterima oleh pihak sekolah.
- Menyediakan jadual waktu penggunaan bilik PPSMI.
- Mempastikan semua peralatan sentiasa dalam keadaan baik, selamat digunakan dan keselamatan peralatan daripada kehilangan atau kecurian.
- Mengendalikan kursus dalaman tentang cara-cara menggunakan peralatan PPSMI kepada bukan guru EteMS.
- Merekodkan penggunaan bilik PPSMI.
- Merekodkan peralatan PPSMI yang dibawa keluar daripada bilik berkenaan.