31 Disember 2009

Senarai Tugas Unit Kurikulum
Pusat Sumber Sekolah
  1. Membuat perancangan aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
  2. Mengurus berbagai perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah untuk penggunaan oleh murid & guru.
  3. Menyediakan anggaran belanjawan Pusat Sumber Sekolah.
  4. Membuat laporan/penilaian kemajuan Pusat Sumber Sekolah.
  5. Menyelaras semua program media (penggunaan ASTRO, TV Pendidikan, dll)
  6. Merancang dan melaksana program perkembangan staf dan menggalakkan guru menggunakan berbagai media pendidikan.
  7. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
  8. Mengendalikan program NILAM.
  9. Menguruskan pembelian alatan Bahan Bantu Belajar (BBB) dan Bahan Bantu Media (BBM)
  10. Merekodkan alatan BBB dan BBM.
Jadual Waktu
  1. Menyediakan Jadual Waktu Induk.
  2. Menyediakan Jadual Waktu Kelas.
  3. Menyediakan Jadual Waktu Peribadi guru.
  4. Menyediakan Jadual Guru Ganti.
  5. Lain-lain berkaitan.
Peperiksaan & Penilaian
  1. Menentukan tarikh ujian bulanan dan peperiksaan sekolah.
  2. Menyediakan Jadual Waktu & guru pengawas Ujian dan Peperiksaan .
  3. Mengagihkan soalan-soalan pada hari peperiksaan / ujian.
  4. Menyediakan borang-borang analisis.
  5. Menyediakan alatan/bahan sebelum, semasa dan selepas ujian/ peperiksaan.
  6. Menyimpan rekod analisis dan bank soalan.
  7. Menganalisa pencapaian selepas setiap kali ujian .
  8. Lain-lain berkaitan.
Penyelaras Kelas
  1. Menganalisis keputusan ujian/peperiksaan setiap kali selepas ujian.
  2. Merekod pencapaian kelas setiap kali selepas peperiksaan.
  3. Dokumentasi PKKP.
  4. Menjaga & mengurus buku pendaftaran murid yang disimpan di pejabat.
Jawatankuasa Induk TMK/ICT Sekolah
  1. Menyediakan carta organisasi.
  2. Menentukan senarai tugas setiap jawatankuasa TMK / ICT.
  3. Merancang pengisian program penggunaan TMK/ICT dalam P & P.
  4. Membina jadual waktu penggunaan makmal komputer.
  5. Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan makmal.
  6. Merancang pelan tindakan program pengisisan projek pengkomputeran peringkat sekolah.
  7. Merekodkan penggunaan makmal komputer.
  8. Menyediakan peraturan makmal.
  9. Memeriksa & menyelenggara perkakasan (spt: Servis penghawa dingin, mencuci pemacu,mengemaskini hard disk, mengimbas disk, dll)
  10. Memantau keselamatan makmal komputer.
Kelas Transisi
  1. Mengendalikan program Kelas Transisi murid Tahun Satu.
  2. Lain-lain berkaitan.
Guru Kelas
  1. Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran murid-muridnya.
  2. Menyediakan perancangan pembelajaran tahunan dan harian.
  3. Memastikan bilik darjah kondusif untuk P & P (bersih, kemas dan ceria dengan susunan kerusi meja yang sesuai).
  4. Memastikan ada Piagam Kelas, Moto Kelas, Jadual Waktu Kelas dan Target Kelas.
  5. Memastikan keputusan setiap ujian dipamerkan di dalam kelas.
  6. Memastikan sudut pembelajaran sentiasa dikemaskini dan terkini.
  7. Merekodkan penggunaan makmal komputer
  8. Menutup jadual kedatangan akhir bulan.
  9. Menyediakan jadual bertugas murid.
  10. Mengkaji, menganalisis dan mendiagnosis keputusan bagi setiap ujian.
  11. Melengkapkan segala borang yang berkaitan dengan murid di kelasnya – buku RKM, Rekod
  12. Profil, Sijil-sijil tamat sekolah, laporan PKKP (dokumentasi), SPBT, senarai inventori dalam kelas dan lain-lain.
  13. Memastikan segala peralatan elektrik dalam kelas, alatan EteMS sentiasa baik dan selamat digunakan.
  14. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur.
  15. Mengutip yuran sekolah pada awal tahun, mengutip derma PIBG, wang peperiksaan dan diserahkan kepada pihak sekolah dan pihak yang berkaitan.
  16. Mengeluarkan resit kepada pelajar yang membuat pembayaran seperti no. 15 di atas.
  17. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar dpd GPK HEM.
  18. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kpd GPK HEM.
  19. Membantu GPK Kokurikulum menentukan rumah sukan.
  20. Jika murid bertukar menentukan borang SPBT , rekod profil, dihantar ke pejabat.
  21. Menentukan buku teks telah dipulangkan jika bertukar antara negeri.
  22. Menjalankan tugas juga sebagai guru kaunselor dan sebagai seorang guru disiplin.
Jawatankuasa Bilik Gerakan
  1. Menyediakan carta organisasi: PENTADBIRAN SEKOLAH ,KURIKULUM, HEM, KOKURIKULUM, BINA INSAN.
  2. Mempamerkan keputusan pencapaian peperiksaan setiap matapelajaran ( ANALISA ) dan keputusan UPSR.
  3. Set LCD berserta layar/skrin
  4. Keceriaan: set gambar Agong, Sultan, PM, Menteri Pelajaran, lencana sekolah ,dan lain-lain berkaitan.
Jawatankuasa PPSMI/eTEMS
  1. Menyediakan bilik PPSMI.
  2. Menyediakan Carta organisasi.
  3. Merekodkan semua peralatan PPSMI yang diterima oleh pihak sekolah.
  4. Menyediakan jadual waktu penggunaan bilik PPSMI.
  5. Mempastikan semua peralatan sentiasa dalam keadaan baik, selamat digunakan dan keselamatan peralatan daripada kehilangan atau kecurian.
  6. Mengendalikan kursus dalaman tentang cara-cara menggunakan peralatan PPSMI kepada bukan guru EteMS.
  7. Merekodkan penggunaan bilik PPSMI.
  8. Merekodkan peralatan PPSMI yang dibawa keluar daripada bilik berkenaan.

23 Disember 2009

PANITIA KH SK KESANG BINA PERGOLA UNTUK MENCERIAKAN 
LANDSKAP SEKOLAH

Bagi menceriakan kawasan persekitaran, selain membina pondok wakaf, panitia KH juga telah membina sebuah pergola daripada kayu-kayu terpakai lebihan daripada kayu yang diperolehi daripada bangunan lama yang dirobohkan.


Tenaga kerja guru yang membina pergola daripada kayu-kayu terpakai.


Cikgu Samsul sedang membuat tanggam untuk mengukuhkan binaan pergola ( gambar kiri ) manakala ( gambar kanan ) Cikgu Zamri selaku ketua projek memberikan penerangan bahagian-bahagian yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan pergola agar lebih kukuh dan menarik.


 

 
Pembinaan pergola ini hanya mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Kos pembuatan amat sedikit kerana hanyamenggunakan kayu terpakai. Kos hanya melibatkan  pembelian paku, skru 5 inci panjang dan mata gergaji jigsaw 2 bilah. Kos kesemua bahan tersebut hanya RM 18.40 ( tidak termasuk kos cat ).

17 Disember 2009

PANITIA KH SK KESANG BINA PONDOK WAKAF UNTUK
PELAJAR

Bermula pada 8hb Disember 2009, Panitia KH telah membina sebuah pondok wakaf berukuran 7 kaki lebar dan 9 kaki panjang ( 7X9 kaki ) di tepi padang sekolah berhampiran jejantas . Istimewanya pondok tersebut ialah menggunakan 75% bahan  terpakai yang diperolehi daripada kayu/ papan bangunan lama yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan sekolah baru. Pembinaan/ pembuatan pondok wakaf ini telah diketuai oleh Cikgu Ahmad Zamri Bin Kemat ( Guru Cemerlang KH ) dengan dibantu oleh 2 orang guru lain iaitu Cikgu Samsul Bin Salleh ( Guru Data/ Guru KH ) dan Cikgu Huzaifah Bin Ismail ( Guru Muzik ). 


Peringkat awal pembinaan pondok ialah memilih kayu-kayu dan papan terpakai/ lama yang masih boleh digunakan lagi, kerana sebarang pembelian kayu/ papan akan melibatkan kos yang tinggi. ( gambar kiri bawah - Cikgu Samsul sedang mengukur papan terpakai untuk digunakan sebagai lantai pondok. Walaupun ada bahagian papan lantai yang bersambung, namun melalui kreativiti guru itu sendiri,hasilnya tetap memuaskan.



Pembelian zing kilang gred biasa, kayu beruti 2X2 dan rabung zing telah menelan belanja sebanyak RM 264. Ditambah dengan kos pembelian paku, skru dan beberapa bahan lain, keseluruhan kos yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM 302 ( belum termasuk kos cat ). Bahan-bahan selebihnya adalah menggunakan kayu terbuang/ terpakai.

 
Pondok wakaf yang telah hampir siap
 
Cikgu Zamri sedang memperkemaskan lagi bahagian bawah bumbung dengan membina kipas-kipas/ lubang angin untuk memberikan sistem pengudaraan.
 

 
Pembinaan rak buku untuk kemudahan pelajar mendapatkan bahan bacaan dengan lebih mudah semasa berehat di pondok wakaf ini amat dititikberatkan. Hasilnya 2 bahagian rak buku telah siap dibuat oleh Cikgu Zamri dengan menggunakan papan lebihan rak lama yang telah rosak.
 
Inilah pondok wakaf yang telah siap dibina oleh Cikgu Zamri dengan bantuan rakan-rakan guru ( Cikgu Samsul & Cikgu Huzaifah. Kos membuat pondok berkeluasan 7X9 kaki biasanya boleh mencecah RM 3000
ke RM 3500 ( termasuk upah ) jika menggunakan kayu biasa ( jenis kayu merah ).
Bagi kayu jati/ meranti kosnya boleh meningkat 3 ke 4 kali ganda.
Apa yang penting dengan sedikit kemahiran, kayu-kayu terpakai dan semangat untuk memberikan keselesan kepada para pelajar pondok-pondok wakaf seperti ini mampu dibina disetiap sekolah dengan syarat guru itu haruslah memberikan komitmen yang padu untuk membuatnya. Cikgu Samsul pula telah menawarkan diri untuk mengeluarkan sumbangan cat bagi mencantikkan pondok wakaf ini. Manakala pekerja swasta sekolah pula telah menawarkan diri untuk mengecat pondok wakaf ini sebagai sumbangan ikhlas mereka kepada pihak sekolah.

06 Disember 2009







click to create your own

















INFO ILMU BULAN INI

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

malaysiaimage




K.HIDUP TAHUN 4

Peraturan dan Keselamatan Di Bengkel



1. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.
2. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-
(i) Keselamatan am
(ii) Keselamatan diri dan rakan
(iii) Keselamatan alatan dan bahan
1.2Keselamatan Am
1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
2. Rambut mestilah pendek dan kemas.
3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.
5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.
8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
1.3Keselamatan Diri dan Rakan
1. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.
2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel,
3. Pakai apron dan kasut getah yang bertutup.
4. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja.
5. Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas.
6. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH.
7. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.
8. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.
1.4Keselamatan Alatan dan Bahan
1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya.
2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.
3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.
4. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.
5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.
1.5 Rutin Bengkel Kemahiran Hidup
Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan lebih sistematik.
Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang teratur serta selamat.
Murid dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal penyelenggaraan alatan dan bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Murid dapat menimba pengalaman baru yang boleh diaplikasikan dirumah bagi membantu ibubapa masing-masing.
1.6Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel KH
1. Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik, kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan dengan baik.
2. Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
3. Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan plastik.
4. Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula bahan.
5. Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan.
1.7Alat Bantuan Kebakaran
1. Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan sekiranya terjadi kebakaran yang kecil di bengkel.
2. Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran yang berlainan.
3. Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya.
Label Alat Pemadam Api

Bahan & Punca Kebakaran
A
Air / bagi punca kebakaran kayu, sampah dan plastik
ABC
debu kering / bagi semua jenis kebakaran
Gambar Alat Pemadam Api