17 Disember 2009

PANITIA KH SK KESANG BINA PONDOK WAKAF UNTUK
PELAJAR

Bermula pada 8hb Disember 2009, Panitia KH telah membina sebuah pondok wakaf berukuran 7 kaki lebar dan 9 kaki panjang ( 7X9 kaki ) di tepi padang sekolah berhampiran jejantas . Istimewanya pondok tersebut ialah menggunakan 75% bahan  terpakai yang diperolehi daripada kayu/ papan bangunan lama yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan sekolah baru. Pembinaan/ pembuatan pondok wakaf ini telah diketuai oleh Cikgu Ahmad Zamri Bin Kemat ( Guru Cemerlang KH ) dengan dibantu oleh 2 orang guru lain iaitu Cikgu Samsul Bin Salleh ( Guru Data/ Guru KH ) dan Cikgu Huzaifah Bin Ismail ( Guru Muzik ). 


Peringkat awal pembinaan pondok ialah memilih kayu-kayu dan papan terpakai/ lama yang masih boleh digunakan lagi, kerana sebarang pembelian kayu/ papan akan melibatkan kos yang tinggi. ( gambar kiri bawah - Cikgu Samsul sedang mengukur papan terpakai untuk digunakan sebagai lantai pondok. Walaupun ada bahagian papan lantai yang bersambung, namun melalui kreativiti guru itu sendiri,hasilnya tetap memuaskan.



Pembelian zing kilang gred biasa, kayu beruti 2X2 dan rabung zing telah menelan belanja sebanyak RM 264. Ditambah dengan kos pembelian paku, skru dan beberapa bahan lain, keseluruhan kos yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM 302 ( belum termasuk kos cat ). Bahan-bahan selebihnya adalah menggunakan kayu terbuang/ terpakai.

 
Pondok wakaf yang telah hampir siap
 
Cikgu Zamri sedang memperkemaskan lagi bahagian bawah bumbung dengan membina kipas-kipas/ lubang angin untuk memberikan sistem pengudaraan.
 

 
Pembinaan rak buku untuk kemudahan pelajar mendapatkan bahan bacaan dengan lebih mudah semasa berehat di pondok wakaf ini amat dititikberatkan. Hasilnya 2 bahagian rak buku telah siap dibuat oleh Cikgu Zamri dengan menggunakan papan lebihan rak lama yang telah rosak.
 
Inilah pondok wakaf yang telah siap dibina oleh Cikgu Zamri dengan bantuan rakan-rakan guru ( Cikgu Samsul & Cikgu Huzaifah. Kos membuat pondok berkeluasan 7X9 kaki biasanya boleh mencecah RM 3000
ke RM 3500 ( termasuk upah ) jika menggunakan kayu biasa ( jenis kayu merah ).
Bagi kayu jati/ meranti kosnya boleh meningkat 3 ke 4 kali ganda.
Apa yang penting dengan sedikit kemahiran, kayu-kayu terpakai dan semangat untuk memberikan keselesan kepada para pelajar pondok-pondok wakaf seperti ini mampu dibina disetiap sekolah dengan syarat guru itu haruslah memberikan komitmen yang padu untuk membuatnya. Cikgu Samsul pula telah menawarkan diri untuk mengeluarkan sumbangan cat bagi mencantikkan pondok wakaf ini. Manakala pekerja swasta sekolah pula telah menawarkan diri untuk mengecat pondok wakaf ini sebagai sumbangan ikhlas mereka kepada pihak sekolah.